Kehidupan Awal Mohd_Zin_Mohamed

Beliau dilahirkan di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UITM) pada 1977 dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Struktur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Bradley, Peoria,Illinois, Amerika Syarikat pada 1980 dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sarjana di universiti yang sama.

Malahan beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Virus Japanese Encephalitis (JE) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MPSA).